Dalam kita menyusuri sepanjang liku hidup ini, pasti banyak suka dan duka kita lalui.
Beribu onak dan duri kita rasai. Pasti ada ketika kita tersungkur kerana silap percaturan.
Hakikatnya, ujian itu mematangkan kita melalui pengalaman yang mengajar susur galur kehidupan.
Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Allah SWT tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Allah SWT yang mencipta kita, pastilah Allah SWT jua amat memahami kemampuan diri kita.
WAKTU DILANDA UJIAN :
- Redha dan bersabarlah. Orang bersabar kental jiwanya.
- Ambillah waktu seketika untuk bertenang, kerana jiwa yang tenang menjernihkan pemikiran.
- Keringkan air matamu kawan, rawatlah luka hatimu, ubatilah sakitmu kerana menghadapi dugaan memerlukan kekuatan rohani dan jasmani.
- Carilah teman pendampingmu yang mampu menyokongmu dan membakar semangatmu.
- Bertaubatlah kepada Allah SWT, kita insan lemah tidak pernah sunyi dari melakukan dosa.
- Dekatkan diri kepada Pencipta, berserah dan mohonlah petunjuk semoga dimudahkan segala urusan. Tiada penolong yang lebih baik selain Allah SWT. Berdoalah dengan membulatkan keyakinan terhadap Allah SWT.
p/s : pemilik blog ini hnye copy paste... ^_^ meh renung2 kn....
semoga ari ini lebih baik dari hari semalam....
untg la org tu main copy2..^_*
ReplyDeletecopy ilmu utk kbaikn xslah kn syg ? huhu *_^
ReplyDelete